PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Selasa menafikan kewujudan fenomena ‘jerebu kuning‘ seperti yang tersebar di media sosial.

Dalam kenyataan di sini Selasa, JAS memaklumkan pemantauan mendapati bacaan kepekatan karbon monoksida adalah rendah dan tidak menyebabkan fenomena berkenaan memetik Bernama.

Fenomena Jerebu Kuning Palsu

“Bacaan kepekatan karbon monoksida itu kurang daripada Recommended Malaysian Air Quality (Garis panduan Kualiti Udara Malaysia) iaitu di bawah 30 ppm (1 jam) atau 35 mikrogram per meter padu (1 jam).

“Ia tidak menyebabkan fenomena jerebu berwarna kuning,” menurut JAS dalam  kenyataan, sekali gus menjelaskan maklumat yang disebarkan mengenai fenomena jerebu.

JAS menarik perhatian Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia merupakan pengukuran kesan kepekatan pencemar utara pencemar utama – habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikrometer (PM10); karbon monoksida; sulfur dioksida; nitrogen dioksida dan ozon mengikut piawaian antarabangsa.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.