PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tiada keperluan untuk Jabatan Peguam Negara menyemak semula keputusannya menutup siasatan Bank Negara Malaysia ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, keputusan itu dibuat susulan pihaknya tidak menerima sebarang bukti baharu berhubung perkara berkenaan memetik Mstar.

“Tiada keperluan untuk semak semula penutupan kes 1MDB”

“Setakat yang 1MDB faham, pihak yang berkenaan perlu untuk mengisi borang berkaitan sebelum bertindak balas kepada pertanyaan oleh Bank Negara.

“Jika Bank Negara tidak meminta maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB boleh disalahkan?,” kata Mohamed Apandi.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pada Selasa, Mohamed Apandi menegaskan bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Katanya, 1MDB memperoleh tiga kebenaran daripada Bank Negara untuk membuat kiriman wang, pada 29 September 2009 , 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.