PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kejadian pukau ini yang berlaku di ATM/CDM sekitar Lembah Klang. Mohon agar orang ramai berhati-hati ketika sedang memasukkan duit ke dalam mesin atm/cdm.

Info ini dikongsikan oleh Safaruddin Ridzuan di laman Facebook miliknya.

Waspada Pukau di ATM/CDM sekitar Lembah Klang

Sahabat baik saya baru sahaja kena benda ni. Mohon kita saling mengingati pada adik abg kakak saudara sahabat kita supaya berhati-hati dan lebih peka. Modus operandi mereka hampir sama. Saya lampirkan cerita dibawah sebagai ingatan.

Kejadian berlaku pada siang hari dan sahabat saya ini bukan keseorangan didalam bank atau lebih tepat orang ramai juga ada untuk urusan keluar masuk wang dlm ATM/CDM.

Mulanya mangsa mengeluarkan wang dari ATM yang berjumlah RM2850.00 untuk dimasukkan dalam CDM.selepas itu mangsa beratur menunggu giliran kerana 2 mesin CDM rosak hanya 1 mesin berfungsi. Kemudian datang 2orang (mengaku orang turkey) bertanya soalan pada mangsa “adakah mesin ini menerima wang selain wang Malaysia?” Mangsa menjawab tidak dan seterus soalan-soalan yg melalaikan mangsa diaju. Tapi ketika ini mangsa masih menunggu giliran dan belum masukkan wang dalam CDM.

Kemudian semasa tiba giliran mangsa untuk masukkan wang didalam CDM dan sedang memasukkan wang dalam slot CDM, pemukau datang dengan kelam kabutnya dan terus mengambil wang dari slot CDM dan bertanya “adakah wang Malaysia macam yang kamu pegang ini diterima dalam mesin?” Mangsa jawab ya. Sementara itu bahu mangsa ditepuk dan wang didalam slot CDM sudah separuh diambil oleh pemukau.

Kes yang hampir sama ada berlaku. Ini berpandukan laporan polis yg dibuat oleh mangsa lain. Jumlah wang didalam slot CDM & wang didalam poket beg wang diambil kira-kira RM5000.00.

Cara yang paling mudah dan selamat untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku adalah dengan tidak melayan mana-mana orang yang tidak dikenali ketika sedang mengeluarkan atau memasukkan wang di mana-mana bank.

Muka penjenayah ada disertakan. Lokasi dan bank mana saya rahsiakan atas permintaan pengurus bank tersebut.

LIHAT LAGI GAMBAR KEJADIAN DAN 2 SUSPEK INI:

Jangan biar bahu anda ditepuk 2 lelaki ini ketika sedang memasukkan duit dalam mesin ATM

Jangan biar bahu anda ditepuk 2 lelaki ini ketika sedang memasukkan duit dalam mesin ATM

Jangan biar bahu anda ditepuk 2 lelaki ini ketika sedang memasukkan duit dalam mesin ATM

Jangan biar bahu anda ditepuk 2 lelaki ini ketika sedang memasukkan duit dalam mesin ATM

Jangan biar bahu anda ditepuk 2 lelaki ini ketika sedang memasukkan duit dalam mesin ATM

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.