PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat Malaysia supaya percaya kepada kepimpinan Umno dan Barisan Nasional yang akan terus berada di landasan progresif dan sederhana.

“Saya bagaimanapun maklum terdapat beberapa kenyataan yang dibuat oleh beberapa individu dalam Umno dan BN, tetapi percayalah kepada kita, percayalah kepada dasar dan kepimpinan BN.

“Saya menegaskan bahawa kita akan terus menjadi parti Barisan Nasional yang sederhana dan progresif,” kata Najib pada Persidangan Perwakilan Nasional 2015 Parti Gerakan Rakyat Malaysia, di sini, Ahad.

Perdana Menteri berkata BN ‘percaya kepada konsep mencari kata sepakat dalam membuat keputusan’ memetik Mstar.

Najib Razak Pesan Jangan Hina dan Malukan Pemimpin Negara

“Sebagai pengerusi, ini adalah legasi yang ditinggalkan oleh pemimpin kita yang terdahulu, oleh bapa saya, Allahyarham Tun Abdul Razak, dan saya komited terhadapnya,” kata beliau.

Najib berkata Umno akan mengambil tindakan ke atas anggota yang membuat kenyataan perkauman atau yang menyakitkan hati.

“Saya rasa kita harus melakukannya, sama ada melalui penguatkuasaan undang-undang atau disiplin parti. Tetapi pada masa yang sama, kita harap ‘pihak satu lagi’ untuk tidak biadap.

“Ya, saya maklum mungkin ada kenyataan tertentu dibuat sesetengah individu dalam BN, malah dalam Umno sekalipun mungkin ada kenyataan dari individu tertentu.

“Kalau kenyataan individu, kita akan lakukan sesuatu. Kita akan bertindak sama ada daripada segi penguatkuasaan undang-undang atau atau disiplin parti.

“Tapi kita harap pihak satu lagi jangan terlalu biadap, kerana akan ada reaksi terhadap sebarang aksi.

“Jadi perkara terbaik adalah dengan tidak menghina pemimpin negara. Jangan lempar penghinaan, jangan malukan pemimpin negara ini,” katanya sambil menambah Malaysia perlu menjadi negara demokrasi matang.

 Najib Razak berkata beliau telah dikritik oleh rakyat kerana memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Orang kata Malaysia adalah sebuah negara polis sekarang tetapi periksalah berapa ramai orang telah ditahan sekarang dan berapa ramai orang yang telah ditangkap oleh kepimpinan terdahulu di bawah ISA.

“Ini bukan negara polis, ini adalah apa yang kita panggil kedaulatan undang-undang, dan di tengah-tengah semua ini, adalah penting untuk kita kekal bersama sebagai sebuah negara,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.