PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kualiti udara di seluruh negara setakat 9 pagi ini secara umumnya semakin baik susulan keadaan jerebu yang beransur pulih.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, 43 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sihat, manakala hanya sembilan kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana memetik Bernama.

Jerebu semakin pulih 43 kawasan IPU sihat

Sembilan kawasan tersebut iaitu Pelabuhan Kelang (62); Bakar Arang, Sungai Petani (59); Pasir Gudang (56); Kota Kinabalu (55); Seberang Jaya 2, Perai  dan Universiti Sains Malaysia (masing-masing 53); Shah Alam (52) dan Bukit Rambai (51).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.