PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pemangku Gabenor Kalimantan Tengah Hadi Prabowo semalam berkata, keadaan jerebu di wilayah berkenaan terlalu parah, lebih teruk berbanding Sumatera, hingga memerlukan tindakan segera untuk mengatasinya.

Bercakap pada mesyuarat yang membincangkan kebakaran di kawasan pertanian dan hutan di Kalimantan Tengah, Hadi berkata, pihak berkuasa wilayah itu kini menyusun strategi menyatukan usaha di semua peringkat, termasuk di kampung dalam usaha menangani kesan jerebu, khususnya dari segi kesihatan dan pendidikan.

Jerebu di Kalimantan tengah paling teruk di Indonesia
SEORANG wanita dan anaknya meniti jambatan buluh, meredah jerebu yang menyelimuti bandar Palangkaraya di Kalimantan Selatan, semalam.

Menurutnya, bantuan kerajaan pusat kepada pihak berkuasa Kalimantan Tengah terlalu sedikit jika dibandingkan bantuan yang disalur ke Sumatera.

“Bantuan daripada kerajaan pusat tidak setinggi seperti yang diberikan kepada Sumatera. Kita baru menerima Rp7 miliar (RM2.2 juta) daripada Rp23 miliar (RM7.2 juta) yang diperuntukkan, walaupun keadaan di Kalimantan Tengah lebih teruk berbanding Sumatera,” katanya.

Mengenai bantuan negara asing, termasuk dari Singapura dan Malaysia, Hadi berkata, tumpuan diberikan kepada Sumatera kerana kedekatan wilayah itu dengan negara berkenaan.

“Kerana itu tidak ada bantuan negara asing yang tiba ke Kalimantan Tengah,” kata Hadi. – Agensi

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.