PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kualiti udara negara semakin merosot apabila 14 kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Tawau, Sabah dengan 123, Bandaraya Melaka (115), Pelabuhan Klang dan Banting, Selangor masing-masing 112 setakat jam 2 petang tadi.

Berdasarkan laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di kawasan lain ialah Samarahan, Sarawak (109), Banting, Selangor (107), Bukit Rambai, Melaka dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing 108 memetik Harian Metro.

Jerebu teruk kembali

Keadaan jerebu yang menyelubungi Kuala Lumpur yang dirakam dari Menara Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang tadi. - Foto SHAHIMAN SHARIP

Bacaan di Batu Muda ialah 107, Shah Alam, Selangor (104), Petaling Jaya dan Kuching, Sarawak masing-masing (101).

Sementara 27 kawasan lain berada pada tahap sederhana, namun beberapa kawasan antaranya Sri Aman, Sarawak menghampiri bacaan tidak sihat iaitu 98 diikuti dengan Cheras (94), Tanjung Malim (91) dan Balok Baru, Kuantan (90).

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.