PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Rumah pertama yang anda bakal beli nanti, apa yang anda akan buat? Kami bagi pilihan yang paling popular di Malaysia:

Beli dan duduk sendiri.
Beli dan sewa.

Kami terbaca status FB daripada rakan pelabur hartanah kita iaitu Rohaniah Noor. Beliau sudah lama melabur dalam hartanah dan sudah berjaya membeli lebih dari sepuluh hartanah walaupun tanpa berpendapatan tinggi.

Beliau beritahu ada 1 amalan berfikir yang agak pelik ditanam dalam otak rakyat Malaysia. Khususnya bangsa Melayu.

“RUMAH PERTAMA SAYA MESTI LANDED (RUMAH TERES, BANGLO DSB). RUMAH PERTAMA SAYA MESTI DUDUK SENDIRI. BUKAN UNTUK SEWA.”

Perkongsian yang boleh tepuk kepala otak bagi sedar.

Kesilapan yang Sering Dilakukan Sekiranya Anda Ingin Beli Atau Sewa Rumah

Lebih menarik, Cik Rohaniah Noor ini tidak sekadar berdiam diri dan membisu. Beliau berkongsi sudut pandangnya tentang pembelian rumah landed untuk duduk sendiri.

Kami yakin perkongsiannya sangat bermanfaat dan boleh tepuk kepala otak orang ramai untuk faham tentang selok belok pengurusan duit, dan pelaburan hartanah pada peringkat paling asas.

Rumah landed. Beli duduk sendiri VS sewa?

Cik Rohaniah Noor menjelaskan bahawa yang majoriti pembeli rumah pertama biasanya akan membeli rumah yang paling mahal mereka mampu nak beli. Ini adalah satu kesilapan besar kerana :

1) Kebanyakan hartanah landed harganya RM550,000 ke atas. Biasanya teres dua tingkat unit tengah. Kategori, subsale a.k.a rumah second hand.

2) Manakala kalau beli rumah daripada pihak pemaju, 100% dara, lagi tinggi harganya. Ramai yang suka beli rumah baru sebab mereka geli nak pakai rumah 2nd-hand.

4) Jika beli rumah harga RM550,000, modal minimuma perlu ada RM55,000. Ini belum masuk caj-caj peguam dan lain-lain. Untuk pinjaman 90% selama 30 tahun, pada kadar faedah 5%, bayaran bulannya lebih kurang RM2,657.

5) Ini bermaksud, kita akan bergadai duit untuk membayar ansuran bulanan sebanyak RM2,657 selama 30 tahun. Kalau umur kita 30 tahun, umur 60 tahun baru selesai hutang.

6) Paling menyedihkan, ia merabakkan duit poket kita sendiri. Sebab kita duduk sendiri di rumah itu. Kos segala bagai, kita yang tanggung.

7) Itu baru kos bayar rumah setiap bulan. Belum campur lagi kos kereta, barang dapur, makan, minum, duit belanja ibu dan ayah tercinta, serta lain-lain lagi. Kami boleh sahkan stres dan pening kepala akan berlaku setiap bulan.

8) Daripada beli untuk duduk sendiri, lebih baik beli dan sewa. Tetapi, ada sedikit cabaran bila masuk bab sewa rumah landed.

9) Sewa biasanya jauh lebih rendah dari ansuran bulanan. Sebab biasanya matlamat pembeli rumah landed ini lebih fokus kepada kenaikan harga rumah dari semasa ke semasa. Tapi ada juga beli sekadar suka mahu beli.

11 Langkah duduk rumah landed dan dapat tunai RM1,600 sebulan dalam masa 30 tahun.

Cik Rohaniah Noor juga berkongsi satu sifir yang dapat membantu kita memahami potensi dan peluang.

Strategi asasnya adalah: Sewa sahaja. Jangan beli duduk sendiri.

Penerangan spesifik dan contoh yang beliau berikan pula adalah seperti berikut:

1) Rumah landed di Bangi Avenue pada masa ini (tahun 2015) berharga RM550,000 hingga RM580,000.

2) Jika beli rumah di kawasan ini, bayaran komitmen bulanan kita sekurang-kurangnya RM2,657.

3) Tapi nilai sewaan cuma sekitar RM1,200 hingga RM1,400 sebulan sahaja.Perbezaan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan kos komitmen bulanan RM2,657.

4) Lebih baik kita sewa sahaja jika mahu duduk di kawasan ini. Lebih jimat berbanding kena bayar komitmen bulanan yang tinggi.

5) Apabila kita menyewa rumah, ia tidak masuk dalam CCRIS. Maksudnya, ia tidak mengganggu kelayakan pinjaman kita di masa akan datang.

6) Kelayakan pinjaman yang ada boleh digunakan untuk beli rumah yang boleh disewakan a.k.a rumah pelaburan.

7) Dengan kelayakan pinjaman RM2,657 sebulan, apa kata beli 2 apartment yang bayaran ansurannya RM1,300 setiap satu. Kemudian sewa apartment itu untuk dapatkan aliran tunai ekstra setiap bulan.

8) Sebagai contoh, kita dapat sewa apartment itu dengan harga RM1,600 sebulan, dan kadar maintenance RM150, maka kiraan ringkasnya adalah seperti berikut (baca poin nombor 8).

9) RM1,600 (Nilai sewa) – RM150 (Kadar maintenance) – RM1,300 (Ansuran bulanan) = RM150 (Untung bersih daripada 1 apartment).

10) Jika ada 2 apartment dengan kadar nilai yang sama seperti di atas, kita dapat aliran tunai bersih sebanyak RM300 sebulan.

11) Cukup 30 tahun apabila hutang rumah selesai, wang sewa 100% milik kita(dalam kes apartment tadi, nilainya RM1,600 sebulan). Ini boleh dijadikan sebagai duit persaraan.

Jalan sudah ada di depan mata. Pilihan sekarang di tangan kita.

Ini adalah pendapat dan nasihat kami :

1. Pastikan hartanah yang dibeli boleh dipakai atau disewakan : Kalau boleh, pilih hartanah yang boleh disewakan dgn nilai tinggi walaupun anda nak pakai sendiri buat masa ini. Nanti bila korang nak pindah, rumah ni boleh disewakan pada nilai yang melebihi ansuran bulanan dan tidak membebankan korang.

2. Ansuran rendah : Untuk rumah sendiri, pastikan ansuran bulanan tak melebihi 20% dari pendapatan bersih korang. Contoh, pendapatan bersih korang RM6000, pastikan ansuran bulanan korang tak melebihi RM1,500 sebulan. Kalau lagi kurang, lagi bagus!

3. Kurangkan komitmen bulanan : Kalau ansuran bulanan untuk hartanah tu at least 100% lebih dari sewa, baik korang sewa je lah. Contohnya macam kes Bangi Avenue, sewa cuma RM1,200 tapi ansuran bulanan RM2,657. Kami lagi suka menyewa dari beli dalam kes seperti Bangi Avenue. Lagipun, kalau sewa komitmen sewaan takkan masuk dalam CCRIS dan ianya tidak akan dikira.

4. Pentingkan pelaburan dulu : Kalau rumah yang korang pakai sendiri mahal dan korang tak dapat apa-apa income/pendapatan dari hartanah tu, potensi pelaburan korang pasti akan terbantut. Sebab bila korang nak cuba nak apply loan lagi, mesti tak lepas sebab komitment peribadi terlampau tinggi. ( Selalu Kami tgk orang yang beli hartanah mahal untuk pakai sendiri mesti ada banyak hutang credit card dan personal loan?)

5. Pakai rumah kecil dulu : Kalau korang baru je kahwin dan belum dapat anak lagi, duduk rumah 1 bilik pun dah cukup. Kenapa nak pening kepala duduk rumah besar dgn 4-5 bilik padahal korang cuma gunakan rumah untuk tidur dan berehat? Tak perlu membazir tak tentu pasal dan orang yang membazir memang susah nak kaya. Tak percaya, cuba tanya pelabur hartanah terkenal macam Cik Rohaniah atau Faizul Ridzuan jenis rumah apa yang mereke guna sekarang?

6. Guna duit orang lain untuk dapatkan rumah idaman : Guna pendapatan sewaan untuk bayaran ansuran/sewa rumah yang dipakai sendiri. Kalau gunakan contoh diatas, kalau korang boleh jana pendapatan bersih sewaan RM1200, korang boleh duduk rumah di Bangi Avenue ni secara percuma!

Jadi korang boleh pilih untuk nampak bergaya tetapi sengsara semata-mata nak duduk rumah lawa, atau pilih kesederhanaan dari mula dan melabur secara bijak untuk dapatkan rumah idaman korang yang dibayar oleh orang lain. Dapat rumah best yang FREE! Korang nak kaya atau kekal bergaya-tak-kaya, itu pilihan korang masing-masing.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.