PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa pandangannya mungkin dilihat bertujuan untuk mencetuskan sentimen kenegerian, namun sebenarnya perhatian baginda hanyalah khusus pada rakyat Johor.

“Beta bakal mewarisi takhta negeri Johor dan tanggungjawab utama beta semestinya terhadap rakyat jelata. Malaysia sangat penting, tetapi negeri Johor dan JDT akan sentiasa menjadi prioriti utama beta,” titah baginda.

Dalam satu wawancara bersama portal berita bola sepak tempatan FourthOfficial.com, baginda bertitah: “Rakyat berhak untuk mengetahui bahawa segala masalah yang berlaku dalam negara kita pada hari ini, tiada kena-mengena dengan institusi DiRaja negeri Johor.

TMJ Kata Johor Ada Hak Untuk Keluar Daripada Malaysia

“Selama ini, ternyata kami telah berjaya berdiri teguh atas kaki sendiri serta berdaya usaha. Malah, kami hanya menyertai Persekutuan Malaya selepas persetujuan antara dua pihak tercapai berdasarkan beberapa terma asas.

“Dan jika salah satu daripada syarat tersebut dilanggar, maka kami ada hak untuk menarik diri daripada negara ini. Masyarakat di luar sana mungkin boleh menuduh beta sengaja mengeluarkan kenyataan provokasi.

“Tapi pada beta, beta hanya melakukan tugas sebagai bakal Sultan negeri Johor, serta mengingatkan mereka tentang sejarah dan warisan yang ditinggalkan bumi bertuah ini,” titah baginda lagi, panjang lebar.

Pada Jun lalu, adinda Tunku Ismail, Tunku Idris Sultan Ibrahim telah mencetuskan kontroversi apabila baginda memuat naik tulisan berunsur amaran bahawa Johor mungkin akan menarik diri daripada Malaysia, menerusi akaun Instragram miliknya.

Dalam kiriman yang kini telah dipadamkan, putera itu bertitah bahawa negeri tersebut telah bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1946 dengan beberapa syarat.

Ini termasuklah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negeri Johor, hak mutlak negeri terhadap isu air dan darat, serta kerabat negeri dibenarkan untuk mempunyai angkatan tenteranya sendiri.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.