PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kuala Terengganu: Rezeki di mana-mana. Hanya dengan hasil menjual jering rebus dan buah perah, seorang peniaga wanita dari Kampung Pasir Panjang di sini mampu meraih pendapatan sehingga RM800 sehari.

Rosnas Mudah, 53, berkata perniagaan yang diwarisi dari arwah datuknya itu sudah diusahakan olehnya selam 20 tahun lalu.

Pendapatan RM800 Sehari Dengan Jual Jering Rebus dan Buah Perah

“Jering rebus kami terkenal dan mempunyai pelanggan tetap dari dalam dan luar negeri sejak dulu lagi.

“Buah jering dan perah jenis bermusim dan kerana itu hanya pada September hingga November saja ia dijual.

“Sepanjang tempoh itu, penggemar dari serata tempat termasuk Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan datang ke gerai saya untuk membelinya,” katanya memetik laporan myMetro.

Jual Jering Rebus dan Buah Perah Je Tapi Sehari Dapat RM800 Income

Kerana jeringnya sering mendapat sambutan, Rosnas berkata dia terpaksa merebus sehingga tiga periuk jering setiap hari bagi memenuhi permintaan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.