PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Percubaan seorang lelaki untuk melamar bekas teman wanitanya di atas sebuah bot di daratan bertukar insiden yang memalukan apabila lamaran ditolak di hadapan orang ramai di Hubei, China.

Bot yang dihiasi jambangan bunga itu di usung ke atas jalan raya ke tempat kerja wanita tersebut di sebuah hospital di sana. Kemudian wanita itu diarak naik ke atas bot tersebut dengan teman lelakinya menunggu dengan sejambak bunga dan sebentuk cincin untuk melamar.

Lelaki Buat Kejutan Romantik Melamar Atas Bot Kecewa

Sudah semestinya ramai orang yang menyaksikan adegan romantik tersebut dan sedia merakam dan mengambil gambar mereka. Bagaimana pun, momen romantik tersebut bertukar apabila wanita itu menolak lamaran teman lelakinya dan terus berlari masuk ke dalam hospital.

Kecewa dan malu dengan percubaan lamarannya, lelaki itu kemudian membawa semua bot tersebut ke pelabuhan berdekatan.

“Mereka sebelum ini pernah menjadi pasangan kekasih sebelum putus hubungan setahun yang lalu,” ujar seorang rakan sekerja wanita tersebut.

Buat pengetahuan lelaki di luar sana, nampaknya tak semua wanita mudah cair dengan lamaran romantik seperti ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.