PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Beberapa bulan yang lepas, kami ada kongsikan mengenai kisah seorang ibu muda yang bayinya ‘dirampas’ oleh suami dan keluarga mertua di mana hak penjagaannya sebagai seorang ibu diabaikan.

Hampir 2 bulan berlalu, ibu ini telah berjaya mendapatkan hak jagaan sementara terhadap bayinya yang bernama Muhammad Raqib Rayyan itu. Namun, keputusan yang diterima tidak lah menggembirakan wanita ini kerana….

Kisah ini dikongsikan oleh Mish Lieya di laman Facebook miliknya.

Luahan Sayu Ibu yang Diharamkan Berjumpa Dengan Bayinya Sendiri

“masih berdegil taknak bg”

Dh dpt hak jagaan sementara tapi masih berdegil taknak bg. Hmm. 57 hari dipisahkan. Smlm cuma dpt tgk dari jauh shj. Apa hak sy sbg seorang ibu? Nk pegang pun tak boleh. Lagi dimaki dihina. Mereka mengeluarkan statement bhw bukan sy yg lahirkan Raqib Rayyan. Astaghfirullah. Sabarlah wahai hati yg luka

Menerusi status yang di muat naik oleh Mish Lieya semalam, dia masih tidak berpeluang untuk bertemu dengan anaknya. Apa yang lebih menyedihkan lagi, si ibu amat merasa pilu apabila bayinya selama ini dipaksa meminum susu formula sepanjang bayi itu bersama keluarga mertua.

Keluarga Mertua ‘Haramkan’ Wanita Ini Bertemu Dengan Bayinya Sendiri

“walaupun dia tak menangis masa bg susu aku tahu dia terseksa”

Berlinang air mata anakku sbb kena paksa minum susu botol. Ya Allah, walaupun dia tak menangis masa bg susu aku tahu dia terseksa. Mummy akn berjuang sehabis mungkin Raqib. Naluri seorang ibu dpt rasa apa anak dia rasa. Hm

Sumber: suami whatsApp kononnya bgtahu ank dlm keadaan baik. Tuhan maha mengetahui
Sepanjang proses untuk mendapatkan hak penjagaannya, tersentuh hati kami bila membaca luahan rindu ibu ini terhadap bayinya itu.

Keluarga Mertua ‘Haramkan’ Wanita Ini Bertemu Dengan Bayinya Sendiri

“Sangat merindui anakku”

Sangat merindui anakku. Allah saja yg tahu. Aku redha. Cepat atau lmbt aku tetap dpt anakku kembali. Dgn izin Allah. Aaminn. Senyuman seorang ibu bersama anaknya yg tidak ternilai bagiku. Semoga kau sihat dan tabah anakku. Mummy akn selalu ingt kt anak mummy.

Kami doakan agar semoga si ibu ini dapat juga bertemu dengan anaknya dan dipermudahkan dalam segala urusan. Amin.

Keluarga Mertua ‘Haramkan’ Wanita Ini Bertemu Dengan Bayinya Sendiri

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.