PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan keputusan pembebasan Muhdalena Ahmad yang didakwa mengamuk bersama lelaki bersenjatakan pedang samurai di luar Kompleks Jabatan Perdana Menteri pada Julai 2012.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa tiada merit di dalam rayuan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan memetik Harian Metro.

Muhdalena akan dibebaskan

Beliau memutuskan bahawa hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf apabila membebaskan Muhdalena dan memerintahkan dia ditahan di Hospital Permai Tampoi, Johor.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusuf manakala Muhdalena diwakili peguam M Visvanathan.

Pada 19 Jun tahun lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya melepaskan Muhdalena daripada empat pertuduhan terbabit dalam kejadian amuk selepas mendapati ketidaksempurnaan akal tertuduh.

Mahkamah memerintahkan tertuduh ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.