PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Perigi cari timba, satu istilah yang cukup ditakuti dalam masyarakat Melayu, mana tidaknya kerana ia seolah dipandang tidak manis apabila perempuan mengorat lelaki sehingga timbulnya peribahasa berkenaan.

Tetapi tahukah kita bahawa dalam keadaan tertentu, adalah dibolehkan untuk seseorang Muslimah untuk meminang lelaki, kena ketahui bahawa Saidatina Khatijah dahulu melamar Nabi Muhammad SAW.

Gadis Ini Melamar Lelaki Idamannya. Lihat Apa Hasilnya.

Wanita jangan malu untuk meminang lelaki kerana ia perbuatan mulia tetapi untuk meminang atau melamar lelaki haruslah berlaku bukan atas kehendak nafsu atau kerana rupa fizikal tetapi pilihlah yang terbaik agamanya, dan elok kualiti akhlaknya.

Kenapa hendak malu? kerana muslimah meminang lelaki ini adalah satu perbuatan mulia berdasarkan dalil hadis Nabi Muhammad SAW .

Telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:

“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi SAW dan menawar dirinya demi kebaikan”. ( riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

Hadis di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.

“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21).

Kami terbaca kisah seorang wanita yang merupakan pengguna Facebook yang berkongsikan kisahnya di laman sosial tentang pengalamannya cuba meminang lelaki.

Berikut adalah perkongsiannya.

Kisah Benar Seorang Wanita Melamar Lelaki Idamannya

Baca artikel ini, teringat masa saya melamar seorang lelaki ini. Pada mulanya, saya berasa malu untuk melamarnya. Pelbagai cara saya gunakan sehingga saya plan nak menggunakan khidmat orang tengah. Tetapi kerana malu, saya cuba pendamkan perasaan itu.

Hari demi hari, perasaan itu semakin kuat. Inilah yang orang katakan penyakit angau. Tetapi mandi masih basah, makan masih kenyang, tidur pun masih berdengkur.

“Hahaha! Takdelah, saya bergurau sahaja,”

Oleh kerana perasaan saya tidak tenang, saya mengambil keputusan untuk membuat solat sunat taubat, hajat dan istikarah. Saya memohon padaNya agar diberikan petunjuk dan kekuatan untuk melamar lelaki tersebut.

Ditakdirkan Allah, hati saya sangat kuat untuk melamar lelaki itu. Saya katakan pada diri “Takpe kalau kena reject. Yang pasti saya sudah berusaha,”.

Saya kirimkan mesej pada lelaki itu melalui media sosial. Dalam mesej itu saya melamar dia. Pada masa itu rasa lega sangat-sangat. Walaupun akhirnya lamaran saya ditolak sebab dia sudah bertunang. Entahlah, sedih itu tetap ada. Cuma mungkin sebab saya sudah siapkan diri saya untuk menghadapi perkara ini.

Pada masa itu, barulah saya rasa lega dan tenang. Bagi saya, tiada istilah ‘Perigi mencari timba’. Itu hanyalah sekadar mitos atau peribahasa yang mengarut. Sedangkan Saidatina Siti Khadijah pun melamar Rasulullah.

Kalau kita suka pada seseorang dan inginkan dia menjadi pasangan kita sampai ke syurga, kita lamarlah dia. Dia terima atau tidak, kita serahkan pada Allah. Tawakallah, jangan malu untuk melamar lelaki. Tetapi malulah bila lelaki ajak kita couple dan kita terima.

Kisah Benar Seorang Wanita Melamar Lelaki Idamannya

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.