PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang lelaki 'mengamuk' dengan seorang peniaga yang disifatkannya sebagai kurang ajar ini. Apa sebenarnya yang berlaku?

Jom kita baca tulisan beliau di bawah ini.

"Peniaga Kurang Ajar! Menangguk di Air Keruh!

PENIAGA KURANG AJAR PAGI BUTA MENANGUK DI AIR KERUH!

Sudah lama juga saya tak masuk KL pada waktu pagi hari kerja. Hari ini saya keluar awal dari rumah (06:20 pagi) untuk mengadili pertandingan masak peringkat nasional.

Untuk masuk ke pusat bandar pagi-pagi begini kebiasaanya saya akan menlalui lebuhraya NKVE-DUKE dan menyusur keluar melalui Jalan Semarak (jalan alternatif saya) untuk menuju ke Jalan Raja Laut.

Bila menyusur keluar dari DUKE dan ke Jalan Semarak ini saya harus membuat pusigan ‘U’. Di sinilah saya bertembung dengan peniaga kurang ajar ini.

Dia hanya menjual kopi pekat-melekat dengan sandwich. Itu aja jualannya. Saya kagum dengan gaya perniagaan yang dilakukannya. Di pusingan ‘U’ ini setiap kereta akan menggambil sekurang-kurangnya hampir lima minit untuk melepasi pusingan ini.

Peniaga ini benar-benar menangguk di air keruh, kurang ajar betul.

Berpakaian seperti di bistro atau warung kopi mewah berbekalkan banting menunjukan gambar secawan kopi ‘kaw’ pekat-melekat dengan harganya RM2.00 tampa GST! Di pagi buta macam ni tentu akan membuka mata anda.

Ramai yang mengambil kesempatan untuk membeli untuk bekalan sarapan pantas sebelum masuk kerja.

Kepada sahabat-sahabat yang melalui jalan ini apa lagi, ‘tapau’ dan belasah peniaga kurang ajar ini.

Biar lidah anda melekat dengan kopi pekatnya.

P/s: Marketing terbaik!

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.