PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan produk paracetamol syrup 120 miligram/5 mililiter mengandungi alkohol, seperti yang tersebar dalam media sosial, baru-baru ini.

Berdasarkan spesifikasi kementerian, produk yang dikeluarkan syarikat Royce Pharma Sdn Bhd itu tidak seharusnya mengandungi alkohol, bagaimanapun kandungan alkohol pada produk berkenaan berada pada had yang dibenarkan dan tiada isu keselamatan dilaporkan.

Paracetamol syrup sah ada alkohol

Justeru, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata orang ramai tidak perlu bimbang untuk menggunakan produk berkenaan kerana produk itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) serta mematuhi keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Beliau bagaimanapun berkata, kementerian sudah mengarahkan syarikat pembekal ubat itu supaya menarik produk paracetamol syrup berkenaan kerana tidak mematuhi syarat pelabelan. “Syarikat berkenaan tidak menyatakan kandungan alkohol label dan sisip bungkusan sekali gus melanggar syarat pendaftaran,” katanya menerusi kenyataan kepada BH Online, di sini, hari ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.