PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Penyanyi dan pelakon, Awie meminta kerajaan berusaha menyelesaikan masalah 1MDB secara berhemah dan terhormat.

Vokalis kumpulan Wings itu berkata, sejak krisis syarikat sarat hutang itu didedahkan, kesannya mencemar nama kerajaan di dalam mahupun di luar negara memetik Free Malaysia Today.

Komen Sentap Awie mengenai 1MDB

“Kalau boleh, kita mahu perkara ini diselesaikan dengan baik sebab imej Malaysia sangat tercemar ketika ini,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Dia berkata, ramai pengguna sosial memperlekehkan negara ini kerana tidak puas hati dengan penjelasan yang diberikan kerajaan dalam isu 1MDB.

“Saya buka Internet, contohnya di YouTube. Ramai orang yang mengutuk dan ia amat memalukan.

“Jangan sampai rakyat pun malu untuk mengaku tinggal di negara ini,” katanya.

Awie berkata, isu 1MDB juga mendorong sesetengah pihak memainkan sentimen perkauman dan ia dilihat meningkat mendadak sejak kebelakangan ini.

“Kita boleh lihat sekarang banyak banyak sentimen perkauman dimainkan hingga hilang rasa hormat antara satu sama lain hanya kerana politik,” katanya, lapor portal itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.