PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang wanita hanya mampu menepuk dahi apabila kedai makannya diarahkan tutup selepas didapati melanggar syarat sah lesen dalam Operasi Kepialu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di Seksyen 21, di sini, kira-kira jam 3 petang semalam.

Arahan penutupan premis terbabit dilakukan selepas didapati pemiliknya gagal mendapat suntikan tifoid terhadap pekerjanya selain kedai terlalu kotor dan pekerja pula tidak memakai pakaian bersesuaian memetik Harian Metro.

Kotor dan jijiknya kedai makan wanita ini
WAN Johary melihat tempat penyediaan makanan yang tidak terurus. Gambar kanan, bekas minyak masak terpakai tidak dikendali dengan bersih.

Timbalan Datuk Bandar MBPJ Wan Johary Anuar berkata, premis berkenaan antara satu daripada lima kedai makan yang diarahkan tutup selama 14 hari selepas didapati melanggar syarat sah lesen serta tidak mengamalkan prosedur penyediaan makanan yang betul.

“Pemeriksaan terhadap 20 premis makanan di kawasan berkenaan mendapati lima daripadanya gagal mematuhi syarat sah lesen dan tidak mematuhi standard penyediaan makanan yang ditetapkan menyebabkan kedai makan itu diarahkan tutup.

“Malah, ada pekerja kedai makan disyaki warga asing tidak mengambil suntikan tifoid walaupun kes demam kepialu sudah tersebar dan perkara itu dipandang serius menyebabkan kita mengambil tindakan serta-merta,” katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas Operasi Kepialu, di sini, semalam.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.