PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kementerian Pendidikan Malaysia pada Khamis telah mengarahkan semua sekolah di beberapa negeri di utara Semenanjung ditutup esok susulan situasi jerebu yang semakin buruk dengan beberapa kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) “sangat tidak sihat’.

Sekolah-sekolah terbabit adalah di Perlis, Pulau Pinang dan Perak, kecuali di Kedah kerana cuti hujung minggu negeri terbabit adalah pada Jumaat memetik Astro Awani.

Sekolah di Perak, Pulau Pinang dan Perlis diarah tutup 23 Oktober

“Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 1,600 sekolah dan seramai 728,7398 orang murid di negeri dan daerah tersebut.

“Sekolah-sekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur; daerah Bentong di negeri Pahang serta Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Betong di negeri Sarawak yang ditutup hari ini perlu dibuka semula seperti biasa pada 23 Oktober 2015 (Jumaat).

“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu-bapa mengenai penutupan ini dengan kadar segera,” jelas kenyataan itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.