PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

SEBUAH lagi video yang memaparkan pergaduhan melibatkan ‘gadis Kelantan’ kini menjadi viral di media sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit 11 saat, kedua-dua wanita yang dipercayai di dalam lingkungan 20-an itu seakan bergaduh di dalam sebuah perlawanan gusti.

Di mana sorakan penonton di sekelilingnya yang menyorak “bengong natang nok sangat, haa pukoi haa, buh lagi buh lagi (beri/balas lagi), haa mu nok kan,” kedengaran memetik Mynewshub.

Video gadis kelantan bergusti tersebar

Dilihat gadis yang sedikit gempal berjaya memberi asakan hebat membuatkan gadis yang berbadan ramping dibelasah sehingga bertubi-tubi.

Namun tidak beberapa lama kemudian, muncul seorang ‘pengadil’ perlawan yang bertindak seakan mengumumkan perlawan sudah tamat dan kemenangan nampaknya memihak kepada gadis yang sedikit berisi.

Kami masih tidak mendapat maklumat apakah punca sebenar pergaduhan namun daripada gaya pertuturan dialek Kelantan mereka, boleh disimpulkan yang mana pergaduhan adalah disebabkan kerana merebut lelaki.

Agak sedih sebenarnya melihat kelakuan-kelakuan wanita yang seperti gangster sebegini.

Lagi menyedihkan apabila melihat reaksi manusia di sekelilingnya yang menyorak keseronokkan ditambah pula kerlibat beberapa sotong yang diantaranya berbaju merah seperti di dalam visual.

Sebagai lelaki, anda sepatutnya menghentikan perbuatan mereka dan bukannya ‘cameraman‘ kepada mereka.

Nate beruk sungguh sotong-sotong ni…

Sebelum ini juga, sebuah video yang turut memaparkan ‘gadis Kelantan’ membelasah seorang wanita telah pun menjadi viral dan kedua suspek pergaduhan dilaporkan telah ditahan reman.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.