PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Justin Trudeau mencetuskan sensasi global apabila menjadi Perdana Menteri Kanada yang paling kacak dan muda di dunia.

Dia baru dilantik menjadi pemimpin negara Kanada selepas memenangi pilihan raya dengan menumbangkan Stephen Harper yang telah menjadi Perdana Menteri selama hampir 10 tahun memetik The Vocket.

Perdana Menteri Kanada Termuda yang Kacak Bergaya

Kemenangan yang tidak dijangkakan ini telah membuatkan anak bekas Perdana Menteri lagenda, Pierre Elliott Trudeau turut mengembalikan negara Kanada yang konservatif berpuluh tahun menjadi liberal.

1. Gen pemimpin

Lelaki Kacak Ini Adalah Perdana Menteri Kanada yang Baru. Berikut 13 Perkara Menarik Tentangnya

Sewaktu Justin Trudeau berusia 4 bulan, Presiden US Richard Nixon pada waktu itu telah menjangkakan Trudeau bakal mengikut jejak langkah ayahnya sebagai pemimpin Kanada di majlis makan malam gala di Ottawa pada 1972.

“Tonight we’ll dispense with the formalities. I’d like to toast the future prime minister of Canada: to Justin Pierre Trudeau,” ujar Nixon.

Lelaki Kacak Ini Adalah Perdana Menteri Kanada yang Baru. Berikut 13 Perkara Menarik Tentangnya

Lelaki Kacak Ini Adalah Perdana Menteri Kanada yang Baru. Berikut 13 Perkara Menarik Tentangnya

“I hope he has the grace and skill of the president,” balas ayah Trudeau.

2. Kod nama

Oleh kerana dia membesar sebagai anak Perdana Menteri Kanada, pihak keselamatan keluarganya telah memberikan dia kod nama “Maple 3”.

3. Pekerjaan

Trudeau mendapat pendidikan di Universiti McGill dan Universiti British Columbia sehingga memperolehi ijazah di dalam bidang pendidikan. Kemudian, menyara diri sebagai seorang guru sekolah.

4. Bapa dan suami

Lelaki Kacak Ini Adalah Perdana Menteri Kanada yang Baru. Berikut 13 Perkara Menarik Tentangnya

Lelaki Kacak Ini Adalah Perdana Menteri Kanada yang Baru. Berikut 13 Perkara Menarik Tentangnya

Trudeau yang sedang menjadi sensasi global kerana kekacakkannya yang lebih menyerlah berbanding Perdana Menteri dunia lain merupakan seorang bapa kepada tiga orang kanak-kanak comel dan suami kepada Sophie Gregoire, seorang wartawan televisyen dan radio.

5. Pengalaman kerjaya

Sebelum menjadi pembuat undang-undang pada 2008, Trudeau telah menjawat beberapa kerjaya, termasuk bidang pengajaran, kejuruteraan, penunjuk ajar bungee-jumping, geografi persekitaran.

6. Detik jadi perhatian awam

Trudeau mendapat perhatian awam buat pertama kali sewaktu menjadi jurucakap keluarga apabila adiknya Michel maut akibat runtuhan salji di British Columbia. Disusuli dengan ucapan di majlis pengebumian ayahnya yang disiarkan di kaca televisyen pada 2000.

“More than anything, to me, he was dad. And what a dad. He loved us with the passion and the devotion that encompassed his life. He taught us to believe in ourselves, to stand up for ourselves, to know ourselves and to accept responsibility for ourselves.

“We knew we were the luckiest kids in the world. And we had done nothing to actually deserve it.

It was instead something that we would have to spend the rest of our lives to work very hard to live up to.”

Ucapan Trudeau dipuji secara meluas sehingga orang ramai merasakan dia berpotensi memegang jawatan di dalam kerajaan.

7. Perjalanan politik

Trudeau aktif menjadi ahli politik selepas kematian ayahnya. Dia memenangi pencalonan Liberal di Papineau pada 2007 dan menjadi ahli parlimen pada 2008. Kemudian dia dilantik semula menjadi ahli parlimen pada 2011.

Setelah menolak beberapa kali tawaran menjadi pemimpin parti Liberal, akhirnya Trudeau menyatakan niatnya itu pada 2012 dan menangi pilihan raya pada 2013 walaupun dikritik oleh lawannya kerana tidak berpengalaman dan kekurangan dari segi kedudukan polisi.

8. Bertarung di gelanggang for real

Lelaki Kacak Ini Adalah Perdana Menteri Kanada yang Baru. Berikut 13 Perkara Menarik Tentangnya

Trudeau menjadi peninju di dalam perlawanan boxing menentang senator Kanada pihak Konservertif, Patrivk Brazeau. Pengadil terpaksa memeriksa keadaan Brazeau sama ada sesuai meneruskan perlawanan atau tidak. Akhirnya, Trudeau menang dalam 3 pusingan dengan 3-1 mata dalam perlawanan untuk kebajikan itu.

9. Pelakon “The Great War”

Trudeau membintangi filem “The Great War” sebagai hero perang bernama Talbot Papineau yang mati di dalam Perang Passchendaele pada 2007. Ia mengenai penglibatan Kanada di dalam Perang Dunia Pertama.

10. Perdana Menteri bertatu

Global News Kanada melaporkan Trudeau mungkin Perdana Menteri bertatu yang pertama. Tatu itu yang dibuat sewaktu dia berusia 23 tahun terletak di bahu kiri bahagian atas yang terserlah sewaktu dia bertarung di gelanggang boxing.

11. Pernah berkorban untuk kerja amal

Trudeau pernah mengumpul lebih kurang US$1,500 untuk majlis amal gala What A Girl Wants melalui aksinya yang berbogel separuh di depan para hadirin. Pembida tertinggi akan mendapat peluang makan tengah hari bersama Trudeau di restoran Parlimen di Ottawa.

Majlis amal itu dianjurkan untuk membantu kajian penyakit hati.

12. Makna kemenangan Trudeau kepada Kanada

Lelaki Kacak Ini Adalah Perdana Menteri Kanada yang Baru. Berikut 13 Perkara Menarik Tentangnya

Trudeau akan memastikan rakyat Kanada yang kaya (mempunyai pendapatan lebih $200,000 setahun) akan dikenakan cukai yang tinggi dan dalam masa yang sama merendahkan cukai ke atas golongan kelas pertengahan.

Penggunaan marijuana juga akan dibenarkan di Kanada berikutan kos yang tinggi untuk menanganinya melalui penguatkuasaan undang-undang.

Trudeau akan menambahbaik sistem pengundian negara agar sistem pilihan raya menjadi lebih efektif dan akan turut mempertimbangkan pengudian secara atas talian.

Pendapatan negara akan digunakan untuk perbelanjaan infrastruktur bagi meningkatkan ekonomi negara kerana bagi Trudeau, polisi negara sekarang tidak membantu Kanada keluar dari masalah kemelesetan ekonomi.


Trudeau juga berkata bahawa dia tidak akan meneruskan dasar-dasar sosial pendahulunya, seperti larangan yang dicadangkan ke atas penjawat awam memakai niqab. Menurutnya, memakai tudung atas sebab-sebab agama adalah hak asasi untuk Kanada.

13. Makna kemenangan Trudeau, Perdana Menteri Kanada yang baru kepada Amerika Syarikat

Trudeau berjanji untuk mengubah apa yang dibawakan oleh parti Konservatif bahawa dia akan menjalankan defisit, menarik diri daripada operasi anti-ISIS di Iraq dan Syria dan mewujudkan semula hubungan dengan Iran. Malah, Trudeau mahu membawa masuk 25,000 pelarian Syria ke Kanada.

Kemungkinan besar juga Trudeau akan mengubah polisi perjanjian dagangan bebas dengan pihak Amerika Syarikat dan akan menjadi lebih transparent dengan isu perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA).

(Baca: Video ini Buat Kami Hilang Respect Dengan Justin Trudeau, PM Kanada)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.