PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tiada yang lebih menggembirakan melainkan melihat orang lain tersenyum. Itulah matlamat yang cuba disampaikan oleh lelaki ini.

Cerita ini diolah ke dalam Bahasa Melayu dan dipetik menerusi Facebook Syed Azmi.

Kejutan Deepavali Istimewa Lelaki Melayu Ini Buat Pakcik Buta

Pagi ni, saya sedang memerhatikan seorang pakcik buta Uncle Samy (58 tahun) dari Pantai Dalam. Dia bukan peminta sedekah. Dia seorang penjual kacang. Dia menjual 6 jenis kacang dari Ipoh sejak 19 tahun lalu.

Saya memerhatikannya selama 15 minit. Kedua-dua belah matanya buta. Dalam tempoh 15 minit hanya 3 orang yang beli kacang darinya.

Memandangkan saya ada masa terluang jadi saya mengajaknya untuk sarapan bersama-sama dan dia kelihatan begitu gembira den pelawaan tersebut.

Selepas duduk dan membuat pesanan saya memberitahunya yang saya ingin membeli semua kacang yang dia ada. Dia tanya kenapa dan saya jawab mengapa tidak. Katanya dia bekerja keras. Jadi tak ada masalah. Banyak lagi orang susah. Kita sihat. Banyak baik Tuhan kasi sama saya hari ni.

Saya beritahunya yang Deepavali semakin dekat jadi tak salah habiskan untuk cuti nanti. Dia sangat gembira. Kesemua set kacang berjumlah RM 152. Kami letakkannya di atas meja. Setiap pelanggan yang lalu kami beri kacang percuma. Orang ramai bersikap skeptikal. Tapi dia masih okay. Katanya masih banyak tempat lain.

Pakcik buta itu tinggal sendirian. Anak-anak semua tinggal dengan bekas isterinya. Hampir semua ahli keluarga tinggal di Sungkai, Perak.

Hari ni dia boleh balik awal. Baginya hari ni penuh rahmat dan dia bersyukur. Itu sudah cukup buat saya. Apa yang saya mahu? Saya tak mahu sarapan pagi seorang diri. Dan saya dapat peneman untuk sarapan. Yippee.

Dia membebel saya masih belum berkahwin. Jadi, saya dapat ceramah percuma. Urghh.

Banyak cara kita untuk menolong satu sama lain. Fikir di luar kotak.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.