PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KOTA TINGGI – Berbekalkan pengalaman sebagai mekanik yang dipelajari di bengkel bapanya, Azamrudin Shawal, 34, kini menjadi sebutan masyarakat Felda Sening dekat sini, apabila dia berupaya menyiapkan sebuah prototaip kereta lumba Formula One (F1) dalam masa 56 jam.

Kereta Lumba F1 Disiapkan Dalam Masa 56 Jam Oleh Lelaki Melayu Ini

Dengan hanya bermodalkan RM2,200, anak keempat daripada 12 beradik pasangan Shawal Ahmad dan Siti Rohaya Atan turut dibantu adiknya Mohd Airi, 23, selain ditemani isterinya Norazurin Md Zin, 26, semasa menyiapkan kenderaan kereta lumba sepanjang 2.1 meter (7 kaki) itu.

Lebih memberangsangkan kenderaan itu mampu bergerak mencecah kelajuan di antara 70-120 kilometer sejam mengunakan enjin terpakai Daihatsu dihasilkan tanpa rujukan sebarang pelan lukisan automobil tetapi hanya pengamatan bentuk sebuah kereta mainan F1.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.