PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Buli merupakan satu masalah yang paling lazim berlaku di sekolah yang sering diambil ringan oleh sesetengah pihak dan orang yang melihatnya.

Kebanyakan kanak-kanak sekolah yang melihat kejadian buli tidak mahu bertindak apa-apa kerana takut akan dibuli memetik Era.fm.

Gadis Kecil yang Dibuli Ini Dapat Bantuan Mengejutkan Dari Orang Ramai

Ramai orang muda terpaksa hidup sendirian kerana trauma akibat dibuli. Buli bukan sahaja melibatkan fizikal tetapi juga mental. Di sekolah, anak-anak dibuli dan apabila pulang ke rumah ibu bapa sibuk keluar bekerja. Jadi mereka tiada tempat untuk mengadu.

Dalam video ini, seorang budak perempuan sedang dibuli dengan dua lagi perempuan yang lebih dewasa. Gadis ini tak dibuli secara fizikal seperti dipukul dan sebagainya tetapi diberi penyeksaan dengan kata-kata yang tidak elok seperti dia tidak cantik, di sekolah semua memanggilnya budak ‘nerd’ dan tiada siapa mahu berkawan dengannya kerana dia tidak pandai bergaya.

Tetapi setiap orang di hentian bas yang mendengar perbualan mereka bertindak sesuatu yang membuatkan gadis kecil tersebut rasa lebih selamat dan dilindungi. 

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.