PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Nama saya Natasha Nadira binti Mohd Zulkifli. Anak kedua Encik Zulkifli dan Puan Noranida. Dalam adik beradik, sayalah yang paling tidak pandai. Result tak pernah UMPH! Setakat cukup makan dan tidak gagal sudah cukup mengembirakan saya. 

Walaupun saya study dua kali ganda dari orang, berjaga malam untuk study dan solat hajat, tetapi bukan rezeki saya untuk mendapatkan result yang gempak. Allah berikan saya banyak dugaan dalam mencari ilmu. Saya ada dyslexia dan rabun warna. Saya tidak dapat membezakan apa yang saya tulis betul atau tidak sebab di mata saya setiap huruf yang saya tulis itu betul.

Siapa sangka gadis yang menghidap dyslexia dan rabun warna ini mampu berjaya

Sampai pernah pada satu tahap di mana selepas result STPM yang tidak seberapa, saya menangis menghantar mesej pada mama.

“Ma, mungkin angah ini tidak layak kot jadi anak mama. Tak pernah dapat result yang best-best untuk mama.”.

Tetapi dalam dugaan yang Allah bagi, Dia bagi saya ibu bapa yang pada saya, merekalah yang ‘terbaik’ di dunia.

Mungkin mama sudah tidak ingat lagi hal ini. Tetapi petang itu mama balik kerja, mama peluk saya dan dia kata;

“Tidak ada satu pun anak mama yang tidak layak menjadi anak mama. Anak mama semua adalah hadiah Allah untuk mama. Tak apa tak pandai periksa (tak skor dalam peperiksaan). Tetapi mama sukur anak mama anak yang taat. Itu sudah lebih dari cukup,” katanya.

Papa pula berkata pada saya;

“Tak apa kalau angah tak pandai belajar tetapi papa cuma berharap, bila papa sudah tua, angah boleh jaga papa, bagi papa makan. Itu saja, papa tak minta lebih-lebih,” katanya.

Saya terus masuk ke bilik dan menangis sepuas-puasnya dan berterima kasih kepada Allah sebab bagi saya ibu bapa yang terbaik dalam dunia. Dan Alhamdulillah, mama papa, ijazah ini untuk kalian.

Terima kasih kerana menjadi ibu bapa yang luar biasa. – Natasha Nadira Mohd Zulkifli

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.