PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KUALA LUMPUR – Tidak serik dikecam netizen, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,  Datuk Jamal Yunos yang diberikan gelaran ‘Macai Tegar Najib’ itu mendakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah ‘merogol’ Malaysia selama 22 tahun untuk terus kekal berkuasa memerintah negara.

Lapor Malay Mail Online, Jamal berkata, “Saya yakin bahawa dunia tahu selama 22 tahun di bawah pentadbiran Mahathir, beliau merupakan Perdana Menteri yang jelas menggunakan semua kuasanya untuk melindungi orang kanannya dan menenggelamkan semua musuh-musuh politiknya.

Jamal Yunos Kata Mahathir ‘Rogol’ Malaysia Untuk Kekal Berkuasa

“Semua institusi asas di negara ini telah habis dirogolnya hanya supaya dia boleh kekal berkuasa,” katanya. 

Jamal Yunos berkata demikian untuk mempertahankan Najib yang sering diserang oleh Tun Dr Mahahtir.  Jamal juga tidak berpuas hati dengan segala kenyataan Tun Dr Mahathir yang dilihat sengaja mahu menumbangkan Najib dengan isu 1MDB.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.