PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Masalah kewangan merupakan antara faktor utama berlaku kes perceraian dalam kalangan pasangan Islam di Perlis, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan dan Perpaduan Negeri, Rela Ahmad.

Beliau berkata, ekoran kedudukan ekonomi yang tidak stabil menyebabkan pasangan berkahwin menghadapi kesukaran sehingga membawa kepada tekanan terutama kepada pihak suami untuk menyara hidup keluarga mereka.

Faktor Utama Berlaku Perceraian di Malaysia Adalah Masalah Kewangan

“Setiap hari ada pasangan yang bercerai. Rata-ratanya sudah berkahwin selama lima hingga 10 tahun. Mereka memberi alasan masalah ekonomi sebagai punca mereka bercerai,” katanya.

Rela berkata, Pejabat Pembangunan Wanita, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk pasangan bermasalah termasuk dalam membantu memulihkan kedudukan ekonomi mereka.

Pasangan berkahwin juga perlu bijak mengurus soal kewangan dan tidak memilih perceraian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.