PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Dalam usia yang masih mentah, seorang budak lelaki nyata sudah memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi.

Beberapa page laman sosial Facebook berkongsi kisah budak lelaki di Ipoh, Perak ini. Dalam perkongsian tersebut, budak lelaki dengan nama Hafiz ini dilaporkan menjual ulam-ulaman di sekitar bandaraya Ipoh, hanya dengan berbasikal memetik Astro Awani.

Remaja gigih jual ulam-ulaman demi menyara keluarga

Hafiz dilihat berada di pasar-pasar malam untuk berniaga

Adakalanya, Hafiz dilihat berada di pasar-pasar malam untuk berniaga. Harga barang jualannya pula dikatakan jauh lebih murah daripada yang biasa didapati di pasaran.

Menerusi foto-foto yang dikongsi, usia Hafiz dianggarkan sekitar sembilan atau 10 tahun.

Masih terlalu muda, tapi budak lelaki ini gigih jual ulam-ulaman dengan berbasikal untuk menyara keluarga

Harga yang dikenakan juga murah. Bunga kantan yang biasa berharga RM5-RM7 dia jual RM2 je

Maklumat yang diperolehi melalui Facebook menyatakan Hafiz sudah tidak bersekolah, sebaliknya bekerja untuk membantu menyara keluarga memandangkan ibu bapanya tidak punyai punca pendapatan.

Tidak dapat dipastikan mengapa ibu dan bapa Hafiz tidak bekerja.

Masih terlalu muda, tapi budak lelaki ini gigih jual ulam-ulaman dengan berbasikal untuk menyara keluarga

Seorang pengguna Facebook dengan nama “Gold Mass” turut berkongsi cerita pertemuannya dengan Hafiz. Menurut Gold Mass, Hafiz mempunyai dua orang adik, dengan yang bongsu baru berusia setahun.

Rata-rata netizen kagum dengan sikap berdikari dan bertanggungjawab Hafiz. Dalam masa yang sama, ramai juga yang meminta agar pihak-pihak berwajib tampil ke hadapan untuk membantu Hafiz dan keluarganya.

Masih terlalu muda, tapi budak lelaki ini gigih jual ulam-ulaman dengan berbasikal untuk menyara keluarga

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.