PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kerajaan akan mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vapor dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Katanya kementerian sedang meneliti aspek undang-undang penguatkuasaan untuk diguna pakai bagi menambah baik akta sedia ada bagi membolehkan tindakan pengharaman itu dilaksanakan memetik Bernama.

Mungkinkah Vape Akan Diharamkan?

“Kita (kementerian) jangka pelbagai akta boleh diguna pakai melalui kementerian tertentu dan kita akan pilih akta bersesuaian.

“Penggunaan vapor ini perlu dihentikan penggunaannya sebelum ia menjadi suatu masalah yang lebih besar,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui entri laman Facebooknya mengesahkan penggunaan rokok elektronik adalah haram kerana mengikut hukum Islam, penggunaan vapor sama seperti rokok sebenar yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

Dilaporkan juga sebelum ini, beberapa pakar kanser berpendapat tabiat menghisap cecair nikotin menggunakan rokok elektronik menjadi punca penggunanya menghidap kanser disebabkan wap nikotin mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik.

Justeru itu, pelbagai pihak termasuk Majlis Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan vapor kerana didapati mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.