PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang wanita 29 tahun mendakwa seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Selangor mencabul kehormatannya.

Hanya mahu dikenali sebagai “Miss T”, beliau mendakwa menjadi mangsa doktor lelaki itu pada 8 Oktober lalu ketika mahu mendapatkan rawatan untuk batuk dan sakit kepala.

Beliau mendakwa, ketika sesi rawatan doktor itu berkata mahu memeriksa pernafasannya tetapi meraba-raba buah dadanya ketika berbaju selama beberapa minit memetik Malaysiakini.

"Doktor klinik kerajaan cuba meraba buah dada saya" - Miss T

Miss T juga mendakwa doktor itu kemudian mengarahkannya membuka baju, termasuk coli tetapi beliau menolak sebelum doktor itu memasukkan tangan ke dalam baju dan menyentuh payudaranya lagi.

Curiga dengan langkah itu, Miss T berkata beliau memberitahu seorang kakitangan klinik selain membuat laporan polis pada hari yang sama.

Bagaimanapun, kata wanita itu, sehingga ke hari ini dia masih belum dipanggil untuk memberikan keterangan.

Miss T dedah doktor klinik kerajaan di Selangor cuba meraba buah dadanya selama beberapa minit

“Saya mahu pihak berkuasa siasat doktor terbabit.

“Saya tak mahu perkara yang sama berulang kepada wanita lain,” kata Miss T pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang hari ini.

Kenyataan Miss T dalam bahasa Mandarin pada sidang media itu diterjemahkan oleh seorang jurubahasa.

Beliau hadir dengan memakai baju yang sama ketika hari kejadian tetapi menyembunyikan wajah dengan memakai topeng dan topi.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi balai polis yang menerima laporan itu serta klinik terbabit.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.