PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Saya ingat saya hilang sehari rupanya dua bulan, demikian cerita DJ sambilan, Azhar Muhammad, 45, atau dikenali DJ Kahong yang hilang dua bulan lalu ketika mencari siput di jeti nelayan Jalan Genting, di sini.

DJ Kahong ditemui orang ramai dalam keadaan dipenuhi lumpur dan tidak terurus sekitar jam 7.30 pagi tadi di lokasi sama.

Ketika menceritakan keadaannya ketika hilang, dia memberitahu telah bertemu seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim yang mengajaknya bersembang serta menyerahkan kepadanya rantai leher dan tangan berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil tertulis ayat al Quran memetik Sinar Harian.

“Saya ingat saya hilang sehari rupanya dua bulan” - DJ Kahong

“Saya ingat satu hari saja saya jumpa dia…rupanya dah dua bulan, saya terkejut bila diberitahu rakan-rakan dan isteri.

“Saya tak sangka rupanya dah dua bulan saya hilang dan semua orang cari saya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Azhar, 45, dilaporkan hilang 10 Ogos lalu di Pangkalan Nelayan Jalan Genting, Rantau Panjang, Jalan Kapar, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa dikatakan pergi ke jeti di pangkalan nelayan untuk mencari siput di kawasan hutan bakau berdekatan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.