PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Berikutakn keputusan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam Parti Keadilan Rakyat, ahli panel pemikir JASA Lokman Noor Adam nampaknya menyambut baik keputusan itu dan berharap perkembangan ini akan membuka hati mereka yang tidak sesuai jiwanya dengan UMNO untuk meninggalkan parti orang Melayu itu.

Lokman Adam Doakan Mahathir Dan Muhyiddin Keluar Umno

“Alhamdulillah, kurang satu gunting dalam lipatan dalam UMNO. Moga Allah buka pintu hati Mahathir dan Muhyiddin pula,” katanya ketika dipetik Astro Awani, di sini hari ini.

Lokman dalam nada sinis memberitahu yang dia kecewa kerana tindakan Saifuddin meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR sebaliknya bukan DAP.

“Saya kecewa Saifuddin menyertai PKR. Bukan kerana dia meninggalkan UMNO, tapi kecewa kerana dia tak masuk DAP yang lebih serasi dengan jiwanya,” ujar beliau.

BACA: Bekas MT Umno, Saifuddin Abdullah Sah Keluar Umno Dan Sertai PKR

Beliua dalam pada itu yakin dengan keputusan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu meninggalkan parti akan membawa implikasi positif kepada UMNO.

“Selepas ini akan berkurangan orang UMNO yang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian sebenar parti.

“Semasa bersama UMNO, kita jenuh nak menjawab kepada rakyat setiap kali Saifuddin mengambil pendekatan populis dalam memberikan pandangan terhadap sesuatu isu,” kata Lokman.

Saifuddin yang juga CEO Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) mengumumkan ‘penghijrahannya’ daripada UMNO dan menyertai PKR pada Khamis.

Kata Saifuddin, antara sebab beliau meninggalkan UMNO ialah kerana isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan RM2.6 bilion.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.