PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pelawak Nabil Ahmad mengakui dia tidak sepatutnya mempersendakan kekurangan yang dimiliki ahli kumpulan muzik cacat penglihatan, Caliph Buskers sewaktu mengendalikan konsert minggu pertama  Gegar Vaganza.

Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Bin Ahmad berkata, dek kerana terlalu teruja, dia tanpa tidak sengaja telah bergurau melampaui batas memetik Astro Gempak.

Isu Persenda Kecacatan Caliph Buskers, Ini Penjelasan Nabil Ahmad

“Saya rasa sangat bersalah dan telah membuat satu ketelanjuran kata yang cukup melampau kerana mempersendakan kekurangan yang dimiliki ahli kumpulan Caliph Buskers.

“Apabila gurauan tersebut terlepas di atas pentas, ianya mendapat kritikan orang ramai sedangkan ramai yang tidak tahu saya dan ahli kumpulan Caliph Buskers memang selalu bergurau dan lepak bersama.

“Mungkin juga disebabkan terlalu biasa bergurau dengan mereka, perkara yang tidak diingini seperti itu  telah berlaku.  Tambahan pula saya sangat teruja mengendalikan program Gegar Vaganza,” jawab Nabil Ahmad ditemui sewaktu sidang media Zikir Perdana Dan Perasmian Pertubuhan Tarekat Muktabar (Pertama) di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Jelas Nabil, dia telah pun bertemu ahli kumpulan Caliph Buskers untuk membuat permohonan maaf mengenai insiden yang berlaku.

“Saya ada buat pemohonan maaf secara langsung dalam  program MeleTOP selain turut bersemuka dengan Caliph Buskers sendiri dan mereka agak terkejut apabila saya mohon maaf,” ujar Nabil.

Tambah Nabil lagi, dia meminta maaf bukan kerana kritikan orang ramai terhadap dirinya sebaliknya perkara tersebut memang tidak sepatutnya berlaku.

“Saya  minta maaf bukan kerana saya rasa saya telah lakukan satu tindakan yang salah dan secara peribadi ia sangat melampau.

“Sebab itu lepas sahaja saya sebut sahaja perkataan Caliph Buskers, terus saya mengucap dalam hati kerana kesal mengatakan hal tersebut,” katanya lagi.

Dalam pada itu Nabil mengakui perwatakannya masih sama seperti dahulu walaupun baru pulang dari mengerjakan ibadah Haji dan harus memikirkan idea-idea lawak tanpa mempersendakan bentuk fizikal orang.

“Perwatakan Nabil yang sekarang sama sahaja seperti yang dahulu. Perbezaannya kini saya kena fikir idea lawak yang tidak mempersendakan bentuk fizikal atau perwatakan orang,” katanya mengakhiri perbualan.

(Baca: Teguran Pihak Astro Buat Nabil Ahmad Akibat Terlebih Melawak)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.