PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Selebriti terkenal dunia, Arnold Schwarzenegger yang hadir ke Malaysia untuk Forum Transformasi Global (GTF) bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada malam tadi.

Memetik The Malay Mail Online, kedua-dua personaliti tersebut dilihat bersalaman dan berbalas senyuman ketika mereka menghadiri majlis makan malam sempena program itu.

Apabila Najib Razak dan Arnold Schwarzenegger Bertemu

Schwarzenegger yang juga merupakan bekas Gabenor California akan mengambil bahagian dalam forum berkenaan dengan ucapan bertajuk “Discipline of Action” pada petang esok.

Beliau juga terkenal sebagai bintang utama dalam filem “Terminator”.

Najib Razak Dan Bintang Terminator Arnold Schwarzenegger Bertemu di Majlis Makan Malam di KLCC

Bukan sahaja Arnold Schwarzenegger, turut sama akan menyampaikan ucapan di pentas yang sama adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez dan bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong.

Forum Transformasi Global (GTF) dianjurkan untuk menggalakkan dialog antara negara dalam usaha memperkukuhkan lagi dasar transformasi.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.