PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KEPALA BATAS – Faizal Ahmad, meluahkan rasa kecewanya terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Hospital Kepala Batas Pulau Pinang.

Difahamkan, tangan Faizal dipatuk ular dan telah pergi ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, selama 4 jam menunggu, dia masih belum diberikan sebarang rawatan. Apabila ditanya, kakitangan hospital memaklumkan bahawa mereka tiada pegawai perubatan yang pakar untuk merawat kes pesakit dipatuk ular memetik The Hype Media.

Pesakit Bengang Dengan Hospital Kepala Batas Pulau Pinang

“Hospital paling terbaik di zon utara, Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang. 4 jam tangan dipatut ular tetapi tiada sebarang rawatan yang diberikan. Bila kita dah bising, barulah mereka mengakui yang mereka tiada specialist untuk kes seperti ini,” katanya.

“Takkan nak tunggu mati dulu baru nak buat kes? Perkhidmatan pihak Hospital Kepala Batas macam layan tak layan saja pesakit mereka. Mungkin kakitangan tidak mencukupi tetapi dari pandangan umum, banyak kakitangan mereka. Macam main-main saja buat kerja. Benda sakit, nyawa, bukannya benda yang boleh dibuat lawak,” ujarnya dengan nada kecewa.

Umum tahu hospital kerajaan adalah hospital yang berasaskan kepada perkhidmatan, bukannya berasaskan keuntungan. Selain itu, tenaga pakar hospital kerajaan juga tidaklah seramai yang disangkakan kerana lebih ramai doktor-doktor pakar lebih cenderung memilih untuk berkhidmat di hospital swasta.

Berdasarkan kes Faizal Ahmad ini, adalah tidak wajar kakitangan Hospital Kepala Batas yang sememangnya sudah tahu yang mereka tidak mempunyai pakar yang boleh merawat pesakit ini haruslah memaklumkan lebih awal. Bukannya membiarkan pesakit menunggu lama dengan penuh harapan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.