PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

China sedang meneliti laporan bahawa rakyatnya didakwa berbogel di sebuah pulau di Sabah.

Kementerian Luar China berkata kedutaannya di Kuala Lumpur memberi perhatian terhadap perkembangan terkini kejadian itu.

Jurucakapnya berkata China ‘secara berterusan mendidik dan meminta rakyatnya bertindak dalam cara bertamadun ketika melawat negara-negara lain’ memetik Mstar.

Komen China Isu Gambar Rakyatnya Berbogel di Sabah

“Mereka dijangka dapat memahami dan menghormati adat, tradisi, agama dan pantang larang tempatan di tempat-tempat yang mereka lawati.

“Walaupun kebanyakan pelancong China mampu patuh untuk tidak melakukan tingkah laku tidak bertamadun yang dinyatakan di atas, individu tertentu telah menunjukkan sebaliknya,” kata jurucakap itu.

Satu laporan dalam akhbar The Star berkata gambar pelancong berbogel dikatakan pelancong dari China telah terbongkar di Sibuan, salah sebuah dari pulau-pulau di Semporna.

Polis Semporna telah dimaklumkan berikutan maklumat daripada seorang penduduk Semporna pada Selasa yang menyaksikan empat gambar dimuat naik di Facebook pelancong itu dalam keadaan bogel. Posting di FB itu kini menjadi viral.

Salah satu gambar menunjukkan tiga orang wanita tanpa memakai baju diambil dari belakang, dengan satu lagi menunjukkan gambar dari belakang tujuh lelaki sedang berbogel dan seorang wanita memakai coli dan seluar pendek mengadap kamera.

Polis menahan seorang penyelam dari China yang berpengkalan di Semporna selepas mengenal pasti dirinya sebagai salah seorang suspek dalam gambar bogel terbabit.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di bilik sewa di pekan Semporna kira-kira pukul 11.15 malam Rabu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.