PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang nenek sanggup mempertaruhkan nyawa menyelamatkan sembilan cucu serta dua anaknya daripada rentung dalam satu kebakaran di Kampung Tasik Pauh, Selising, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 7.50 malam itu, Siti Bidah Setapa, 59, baru selesai menunaikan solat Maghrib di ruang tamu sebelum terkejut mendengar laungan anaknya, Nor Anina Ibrahim, 23, yang ketika itu baru hendak menjerang air di dapur memetik Harian Metro.

Nenek jadi hero selamatkan 9 cucu dan 2 anak dari kebakaran

Terkejut mendengar jeritan anak ketujuh daripada 15 beradik itu, Siti Bidah bergegas ke dapur, namun tidak mampu berbuat apa-apa apabila api marak begitu cepat sebelum meminta Nor Anina menyelamatkan diri.

Ketika kejadian, suaminya, Ibrahim Hussin, 63, tiada di rumah kerana ke sebuah kedai, kira-kira enam kilometer dari rumahnya bersama cucu berusia 16 bulan.

Siti Bidah berkata, mereka bertiga berusaha memadamkan api menggunakan kain basah tetapi gagal apabila ia semakin marak hingga ke ruang tamu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.