PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

“Saya masih lagi bercuti sejak dibebaskan dari lokap pada 16 Oktober lalu. Saya mahu menenangkan fikiran,” ujar pemandu teksi, Hanizan Mohamed Radzi, 42, ketika dihubungi wartawan Harian Metro, semalam.

Dia sebelum ini ditahan polis bersama tiga suspek yang terbabit dalam kes culik kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Sungai Chua, Kajang, pada 9 Oktober lalu memetik Harian Metro.

Notis Membersihkan Nama Pemandu Teksi yang Selamatkan Budak Mangsa Culik

Hanizan yang menemui dan memulangkan kanak-kanak itu kepada keluarganya bagaimanapun ditahan polis sebelum dibebaskan selepas didapati tidak bersalah.

“Sekarang saya berada di kampung untuk berehat dan mahu mengambil peluang ini untuk menenangkan fikiran yang agak terganggu sejak kejadian itu,” katanya.

Pemandu teksi itu juga enggan mengulas lanjut berhubung tindakan bapa kanak-kanak mangsa culik terbabit membeli iklan di Harian Metro khusus bagi membersihkan namanya yang terjejas susulan penahanannya selama tujuh hari di lokap polis.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.