PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Penyanyi Adele sekali lagi berjaya menarik perhatian dunia dengan keluaran album barunya, 25 selepas kejayaan album 21 pada tahun 2011.

Single terbaru ‘Hello’ yang dimuat naik ke laman YouTube pada Jumaat lalu berjaya meraih hamppir 50 juta tontonan dalam masa tiga hari.

Peminat-peminat Adele turut meraikan kemunculan semua penyanyi itu dengan single dan album terbarunya selepas memberi koleksi lagu ‘hit’ menerusi album 21, empat tahun lalu memetik Astro Awani.

‘Hello’ single terbaru Adele terima 50 juta tontonan dalam tiga hari

Susulan pelancaran itu, media sosial dibanjiri dengan reaksi positif peminat-peminatnya.

Karya terbaru Adele juga dikatakan melenyapkan populariti artis-artis lain yang melancarkan album pada yang hari yang sama Adele melancarkan single ‘Hello’.

Malah, rakan-rakan selebriti seperti Katty Perry, Kelly Thiebaud turut berkongsi perasaannya selepas mendengar single terbaru Adele di Twitter.

Difahamkan, single terbaru itu turut menduduki tangga teratas dalam senarai belian iTunes.

Album 25 hanya akan berada di pasaran pada 20 November dan dijangka akan mengulangi kejayaan album 21 menjadi album paling laris di United Kingdom untuk dekad ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.