Header Ads

Loading...

Padah tidak mahu jual rumah, warga emas hadapi kesukaran apabila pemaju gali parit sekeliling rumah

Selepas gagal memujuk seorang petani dan isterinya meninggalkan kediaman mereka, pemaju menggunakan jengkaut untuk menggali parit seluas satu meter dan dalam 1.5 meter di sekeling mereka.

Yin Yiangju, 52, dan suaminya Xiao Ming berkata, mereka menetap di rumah itu sejak 30 tahun lalu dan enggan berpindah kerana pampasan yang ditawarkan syarikat pemaju terlalu rendah, tidak setimpal dengan nilai rumah berkenaan.

Berkeras tidak mahu jual rumah, pemaju gali parit di sekeliling rumah
PARIT seluas semeter digali di keliling rumah.

Parit yang digali itu terlalu dalam hingga menyukarkan pasangan tua itu meninggalkan kediaman mereka.

Dengan bantuan kerajaan tempatan, pemaju merobohkan 545 rumah di kawasan itu, kecuali empat lagi. Keempat-empat keluarga berkenaan berkata, mereka enggan berpindah kerana jumlah pampasan yang ditawarkan terlalu kecil. – Agensi
Loading...

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.