PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menggesa kerajaan agar menggunakan sedikit  duit dana RM2.6 bilion untuk membayar pampasan syarikat konsesi tol berikutan kenaikan harga tol di 18 buah lebuhraya bermula hari ini.

Timbalan Ketua Pemudanya,  Muhammad Faiz Fadzil‎ berkata, seruan cadangan itu adalah bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga tol itu memetik Sinar Harian.

Kerajaan Patut Guna Dana RM2.6 Bilion Untuk Pampasan Tol - Parti Amanah

“Dalam kegawatan ekonomi sekarang menyebabkan bebanan soal hidup yang tinggi kepada rakyat.

“Kerajaan tanpa mempedulikan nasib rakyat telah menaikkan tol ini di beberapa lebuh raya dan perkara ini  amat kami bimbangkan .

“Pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul  Wahid Omar berkata bahawa kerajaan perlu membayar RM 510 juta, kalau tak menaikkan harga tol dan jika  dibandingkan dengan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri, RM510 juta itu dapat ditampung.

“RM2.6 bilion boleh bayar tol. Kalau kenaikan hari ini, kerajaan kena RM510 juta itu, saya rasa duit daripada RM2.6 bilion  itu  cukup untuk bayar kepada konsesi lebuh raya,” Katanya kepada media hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz berkata ‎lebuh raya yang terlibat dengan kenaikan tol ini adalah lebuh raya yang sering digunakan oleh pengguna dan bukan lebuh raya yang jarang digunakan.

”Ramai pekerja-pekerja  yang menggunakan lebuh raya ini memang menyukarkan kehidupan rakyat sekarang ,” katanya.

Sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang pada Selasa mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa hari  ini.

Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (Mex), Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart).

Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga).

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.