PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Di China, pelajar yang didapati menipu dalam peperiksaan akan di kenakan hukuman penjara selama 7 tahun.

Ia berdasarkan pindaan terbaru Seksyen 284 Chinese Criminal Law Code yang akan berkuat kuasa mulai 1 November ini.

Pindaan tersebut menetapkan, mereka yang didapati menipu akan dikenakan hukuman penjara 3 tahun, manakala untuk kes-kes yang lebih serius akan dijatuhkan hukuman antara 3 hingga 7 tahun, serta denda.

Jika Menipu Dalam Peperiksaan, Pelajar di Negara Ini Akan Dihukum Penjara 7 Tahun

Menurut Profesor Hong Daode yang merupakan profesor undang-undang jenayah di China Universiti Sains Politik dan Undang-undang, pindaan baru ini akan menjadi penghalang yang kuat dan beliau berharap ia akan membersihkan persekitaran ujian, meningkatkan integriti peribadi, dan mewujudkan suasana sosial yang baik.

Perbuatan menipu yang melibatkan peperiksaan farmasi negara dan SAT selalu terjadi di China.

Ada di antara pelajar yang sanggup mengupah orang untuk mengambil peperiksaan bagi pihak mereka.

Ada juga yang terlalu kreatif sehingga sanggup mencipta alat untuk memudahkan mereka untuk menipu dalam peperiksaan.

Diharap hukuman berat ini dapat menakut-nakutkan pelajar supaya tidak menipu dalam peperiksaan.

Pelajar di Negara Ini Akan Dihukum Penjara 7 Tahun, Jika Menipu Dalam Peperiksaan

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.