PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Presiden Indonesia akan menandatangani pengisytiharan membenarkan penggunaan kimia iaitu suntikan hormon yang menurun atau menghapuskan nafsu seksual pencabul dan perogol kanak-kanak berikutan peningkatan kes seumpama itu.

Langkah Indonesia itu mengikuti tindakan sekumpulan kecil negara yang membenarkan hukuman berkenaan, termasuk Poland, Russia, Estonia serta beberapa negeri di Amerika Syarikat. Pada 2011 Korea Selatan menjadi negara Asia pertama melaksanakan hukuman itu.

Hormon penghapus nafsu seksual akan disuntik pada perogol kanak-kanak di Indonesia

“Kami semakin bimbang dengan jenayah cabul serta penderaan kanak-kanak. Fenomena ini sudah mencapai tahap luar biasa.

“Kabinet bersetuju perlunya hukuman tambahan agak orang berfikir ribuan kali sebelum melakukan jenayah itu,” kata Peguam Negara Indoensia, H M Prasetyo selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Menurut Prasetyo, Presiden Joko Widodo dijangka mengeluarkan pengisytiharan presiden membenarkan penggunaan bahan kimia itu tidak lama lagi selasp Kabinet bersetuju,

Ubat dengan hormon wanita disuntik kepada pesalah bagi menurun atau menghapuskan nafsu seksual mereka.

Beberapa kes rogol kanak-kanak yang kejam berlaku kebelakangan ini, termasuk murid berusia enam tahun dirogol sekumpulan penjaga bangunan di Sekolah Antarabangsa Jakarta menimbulkan desakan hukuman lebih berat.

Seorang murid perempuan sembilan tahun dirogol dan dibunuh di Jakarta awal bulan ini, menggemparkan Indonesia. Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan berhubung kes itu dan polis percaya mangsa dijerut dengan wayar pengecas telefon bimbit. – Reuters

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.