PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan negeri terus merosot pada petang ini dan beberapa kawasan menunjukkan perubahan warna jerebu menjadi kekuningan.

Beberapa gambar yang menjadi viral di media sosial menunjukkan keadaan jerebu yang bertukar warna sekali gus menimbulkan kerisauan dalam kalangan orang ramai memetik Berita Harian.

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mastura Mahmud, berkata fenomena jerebu kuning ini disebabkan oleh tindak balas kimia yang bercampur dengan pencemaran udara yang sedia ada. 

Penjelasan Pakar Mengenai Jerebu Kuning di KL

BEBERAPA kawasan menunjukkan perubahan warna jerebu menjadi kekuningan hari ini. 

Katanya, penyerapan oleh gas nitrogen dioksida dan penyebaran aerosol iaitu ampaian cecair atau butiran pepejal yang terdapat di udara menyebabkan jerebu kelihatan warna kuning. "Gas nitrogen dioksida ini adalah salah satu komponen gas yang diukur dalam Indeks Pencemaran Udara (IPU). 

Warna yang dilihat oleh pemerhati bergantung kepada lapisan jerebu serta kecerahan serta kontras warna latar seperti langit. Sebagai contoh di Sabah, jerebu di sana dipengaruhi oleh kebakaran di Pulau Sulawesi di samping di Kalimantan. "Manakala nilai PM10 di Pekanbaru, Riau adalah pada tahap 400 mikrogram satu meter padu sementara di Jambi adalah melebihi 500 pada pukul 6 petang ini.

Penerangan Jerebu Kuning di KL Menurut Paka

Nilai yang tinggi ini telah mempengaruhi bacaan IPU di negeri di pantai barat semenanjung Malaysia," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi. Dr Mastura berkata, kawasan yang menjadi tumpuan seperti Lembah Klang mempunyai peratusan pencemaran udara yang agak tinggi namun ia tidak dapat dilihat kerana ketiadaan jerebu.

Katanya, bila jerebu melanda negara kita, keadaan ini bertambah teruk kerana tindak balas kimia itu tadi dan bercampur dengan asap kenderaan dan kilang. "Jika di Indonesia sebagai contoh di Jambi, Riau memang jerebu di sana bertukar menjadi gas bertoksik dan berbahaya kepada kesihatan manusia, haiwan dan alam.

Penerangan Jerebu Kuning di KL Menurut Paka

Ia bercampur dengan pencemaran dan cuaca di sana yang ketika ini kemarau. "Keadaan jerebu kuning di negara ini turut ditambah dengan ketiadaan angin kuat yang dapat menolak jerebu selain ketiadaan sinaran matahari," katanya.

Beliau berkata, kaedah pembenihan awan juga tidak dapat dilakukan buat masa ini kerana ketiadaan awan, walaupun begitu keadaan jerebu sebegini berbahaya kepada golongan kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.