PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kerajaan akan mengumumkan mekanisme rebat bagi kad prabayar mudah alih pada awal Disember, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata pengumuman ini akan dibuat selepas perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) memetik Bernama.

Rebat kad prabayar bersamaan dengan amaun GST yang dibayar untuk pengguna

Menurutnya, kerajaan juga sedang berbincang dengan syarikat telekomunikasi berhubung perkara ini dan akan membuat pengumuman bersama bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

“Secara umumnya tujuannya adalah untuk membantu bukan hanya golongan muda, tetapi juga golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang menggunakan kad prabayar.

“Kami merancang meningkatkan masa bual bagi mereka, berkuat kuasa Januari 2016,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata bermula 1 Januari, 2016, sehingga 31 Disember, 2016, pengguna Malaysia akan mendapat rebat bagi kad prabayar mudah alih mereka bersamaan dengan amaun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dibayar.

Chua berkata butiran terperinci mekanisme ‘bebas GST’ itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.