PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pengurus Zamani Slam, Johan Aziz mendedahkan, Zamani antara lain mahu Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) memulangkan wang persembahan miliknya sebanyak RM15,000 selepas keluar dari Rumah PENGASIH, malam Khamis lalu.

Menurut Johan, dakwaan oleh Yang Dipertua PENGASIH, Datuk Yunus Pathi Mohd bahawa Zamani, 44, melarikan diri tidak berasas kerana dia masuk ke pusat pemulihan itu atas kerelaan sendiri, bukan perintah mahkamah memetik Harian Metro.

Wang persembahan RM15 ribu Zamani dikebas Rumah Pengasih?

“Zamani ada menelefon dan berjumpa dengan saya untuk menjelaskan apa yang berlaku.

“Dia takut kerana mendakwa pusat pemulihan itu mengongkongnya,” katanya.

Menurutnya, Zamani sudah membuat laporan polis selepas Yunus membuat laporan polis dan menuntut persatuan itu memulangkan wang persembahan miliknya berjumlah RM15,000, selain barangan peribadinya seperti kad pengenalan dan gitar.

Dalam pada itu, pembantu peribadi Yunus menerusi kiriman WhatsApp belum bersedia mengulas apa yang didedahkan Johan.

Zamani yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang masuk ke Rumah PENGASIH secara sukarela.

Sebelum itu, Zamani didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu.

Dia dan pembantu peribadinya didakwa memiliki heroin dan morfin seberat 0.6 gram di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat, jam 12.30 tengah malam.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.