PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Memang menarik! Jika di Malaysia kita terpaksa berhimpit untuk menaiki pekhidmatan awam seperti bas. Bukan setakat berhimpit, kenalah menahan bau badan orang lain sebab terlalu dekat dan sesak.

Kedai Kopi Dalam Bas di San Francisco

Berbeza di San Francisco kerana mereka mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam yang sangat baik.

Nak tahu kenapa? Untuk menarik lebih ramai orang untuk menggunakan bas, perkhidmatan bas mewah oleh Laep dilancarkan untuk kemudahan yang lebih selesa.

Perkhidmatan Bas di San Francisco Mempunyai Kedai Kopi

Berbeza dengan bas awam biasa, bus Leap ini menawarkan kerusi kulit, meja untuk komputer riba, WiFi dan juga kedai kopi di dalam bas mereka. Memang best sangat kan!

Jumlah penumpang juga terhad dan tiada lagi masalah berhimpit-himpit ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Perkhidmatan Bas di San Francisco Mempunyai Kedai Kopi

Bayaran dilakukan melalui aplikasi peranti pintar. Apabila menaiki bas, terdapat pengimbas QR yang menggantikan tiket.

Tiada pembayaran menggunakan wang tunai untuk menaiki bas ini, seperti yang di jalankan di Malaysia.

Perkhidmatan Bas di San Francisco Mempunyai Kedai Kopi

Namun, keselesaannya haruslah setimpal dengan bayaran, dimana bayaran tambangnya juga tiga kali ganda lebih mahal berbanding dari harga tiket bas biasa.

Tetapi memang sangat berbaloi untuk perjalanan jauh.

Memanglah kalau diikutkan ada je perkhidmatan bas di Malaysia menyediakan Wifi, tetapi hanya di Kuala Lumpur sahaja.

Hurm, apa pula pendapat anda mengenai perkhidmatan bus yang mempunyai kedai kopi ini? Sesuai ke tidak?

Perkhidmatan Bas di San Francisco Mempunyai Kedai Kopi

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.