PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kisah cinta pasangan ini menjadi inspirasi buat ramai pasangan di luar sana.

Kenapa? Anda baca sendiri kisah yang dikongsikan oleh Mohd Nizam ini.

Pengorbanan Seorang Gadis Untuk Kekasihnya

Dulu, semasa saya bercinta dengan isteri, saya cuma bawa motosikal Modenas Kriss milik arwah bapa saja. 

Walaupun girlfriend (belum jadi isteri), saya tidak mahu kami naik motosikal bersama-sama sebab bukan muhrim. Girlfriend relax saja, dia mengekori saya dengan kereta Perodua Kancilnya dari belakang. 

Semasa susah dan kering kontang, dia sentiasa ada bersama dengan saya. Pernah sekali kami dating, beli kismis sekotak yang harganya seringgit itu, kongsi dua orang makan sebab kami tak ada duit.

Alhamdulillah, saya buat pilihan yang betul dengan memilih dia untuk dijadikan sebagai teman hidup semati. Sekarang, kehidupan kami sudah stabil dan bahagia. 

Selalu juga saya terpaksa ke luar negara atas desakan kerja. Setiap kali pulang dari luar negara, saya belikan barang-barang untuk dia. Kiranya sebagai upah sebab dia sanggup bertahan dengan saya semasa zaman kami susah dulu.

Apa yang saya nak ceritakan ialah, perempuan baik masih wujud, bukannya sudah pupus. 

Nak tahu dia baik atau pun tidak, tengoklah si dia sama ada dia mampu bertahan tak dengan kita semasa kita susah. Kalau dia mampu bertahan, jangan bagi lelaki lain pinang dia untuk dijadikan isteri.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.