PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

“Saya hanya berlari ikut kata hati sambil menjerit kerana ketika itu keadaan sangat gelap selepas berjaya melarikan diri daripada lelaki yang cuba merogol saya.”

Remaja perempuan yang hanya ingin dikenali sebagai Ana, 19, menceritakan detik cemas dia dibawa lari seorang lelaki tidak dikenali sejauh lima kilometer sebelum cuba merogolnya di sebuah ladang getah di Kampung Rambutan, Jumaat lalu memetik Harian Metro.

Gadis buka langkah taekwando elak dirogol di kebun getah

Dalam kejadian itu, dia mengalami kerugian kira-kira RM600 apabila wang tunai, telefon bimbit dan dokumen peribadinya dilarikan suspek.

Bagaimanapun, dia yang pernah mempelajari seni pertahanan diri taekwondo bergelut dengan suspek sebelum berjaya melarikan diri serta meminta bantuan penduduk kampung berhampiran.

Menceritakan semula kejadian itu, Ana berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam, dia yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Alor Setar dengan motosikal Honda Wave Dash berhenti di pondok menunggu bas Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena kerana hujan lebat.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.