PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sesi pembentangan Bajet 2016 berakhir dengan kekecohan yang dicetuskan Ahli Parlimen pembangkang berhubung isu dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kekecohan tercetus apabila kesemua wakil rakyat pembangkang bangun sambil memegang plakad ‘Mana RM2.6 Bilion?’ sejurus selepas Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapannya memetik Mstar.

Dewan Rakyat kecoh pembangkang pegang plakad “Mana RM2.6 Bilion?”

Melihat kepada susana berkenaan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia cuba menghentikan kekecohan tersebut dengan meminta semua wakil rakyat pembangkang duduk.

“Ahli-ahli Yang Berhormat, sudahlah…sudahlah. Tolong duduk…duduk,” katanya.

Bagaimanapun arahan Pandikar Amin itu tidak dihiraukan dan berlarutan sehingga hampir tiga minit.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengesahkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Najib adalah sumbangan penderma.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.